Hari ini, 11 Zulhijjah 1434 h, bersamaan 16/10/2013 hari Rabu, MD dan Suami baharu sahaja selesai membantu jiran iaitu Pak Long Mat yang rumahnya di hadapan rumah kami mengurus aktiviti korban. Keluarga mereka seperti biasa akan melaksanaka ibadat korban. Pada tahun ini, Tuan Haji Amanudin bin Saad dan keluarga korban lembu sebanyak 2 ekor.
Ada yang melapah, memotong daging, memotong tulang, menimbang daging, dan memasak untuk jamuan tenaga kerja yang terdiri daripada jiran tetangga dan ahli keluarga mereka. MD membantu aktiviti memasak di dalam rumah dan MD lihat Cikgu Hamdil menimbang dan membungkus daging dengan timbangan 1 kg /seorang. Selepas selesai, petugas menjamu selera.
Sebelum itu, seawal pagi 6.50 penghantaran pertama berjumlah 102 biji DG tiba di Petronas g Bendahara dan sejumlah 60 biji DG di sedekah kepada Kak Sal Pak Long Mat untuk dijadikan sarapan kepada petugas korban. Penghantaran ke-2, berjumlah 115 biji DG dihantar pada pukul 9.00 pagi, manakala DG penghantaran pertama telah selesai dinikmati oleh komuniti Tg Bendahara. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua.
Kelmarin, Hari Raya Idul Adha 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 h disambut dengan suasana seawal pagi dengan hujan rahmat mengiringi solat raya dan tetap gerimis sehingga tamat solat raya. Dr Azizan Osman (2014), berkata " Bayangkan betapa ruginya anda jika anda tidak mengekspolitasi peluang yang anda ada. Anda tidak tahu bila lagi peluang sedemikian mungkin datang semula dalam hidup anda. Ingatlah hidup ini sangat pendek. Jangan bazirkan setiap saat yang ada denga melayan perasaan takut. Sesungguhnya, berjaya atau gagal usaha anda adalah hak Dia yang Maha Berkuasa. Walau bagaimanapun, sebagai khalifah di bumi ini, kita mesti berusaha dan terus berusaha kerana itu adalah tanggungjawab kita bersama".
Oleh itu, walaupun hari raya MD dan suami berhasrat untuk tetap ingin memberi ruang dan peluang komuniti Tg Bendahra dan anak-beranak mereka yang pulang beraya atau balik kampung beraya menikmati sarapan Donut Gula MD. Sebanyak 110 biji DG dihantar ke sana agak lewat iaitu jam 7.50 pagi.
Selepas solat raya, bermaafan bersama keluarga, kami ke rumah ayahanda di Telok Bagan untuk beraya bersama keluarga adik Man dan adik Sarah. Kami tidak boleh lama di situ, kerana keluarga ayah di Jeneri jemput awal untuk bersama-sama menyediakan jamuan daging korban. Kami tiba di sana jam 11.30 lebih. MD terus menlaksanakan tugas bersama keluarga adik Ti dan adik Murni. Antara menu utama yang disediakan untuk jamuan jam 5.oo petang adalah seperti Ayam masak merah, sup daging, kerabu pelam, ikan tamban goreng, dan beberapa menu sampingan lagi.
Pada jam 3.30 petang, keluarga ayah Telok Bagan sampai, mereka memulakan jamuan petang itu. Ibu Mertua meminta Cikgu Hamdil membuat doa ringkas sebelum jamuan dilancarkan.
Selesai jamuan, MD dan keluarga bersama keluarga ayah meneruskan agenda kami iaitu menghantar Ucu iaitu Adik Sarah dan Pak Su Hosni ke PIA ( Penang International Airport) Bayan Lepas. Kami bertolak jam hampir 5 petang, keadaan hujan, kereta banyak, berhenti solat asar akhirnya tiba di PIA jam 7.50 petang.
Adik Sarah dan Hosni masuk ke Balai berlepas jam 8.10 malam, dan kami pun bertolak pulang ke Tandop. Selamat tiba jam 10.00 malam.
Kini, 16/10/2013 hari raya ke-2 , pada jam 11.30 pagi kami bertolak ke Pokok Sena iaitu ke rumah emak MD.
MD berasa dua hari Tasyrik berlalu dengan penuh bermakna, walaupun nampak agak padat jadual aktivitinya.
Kesimpulannya, Dr Azizan Osman,(2014) menukil perkataan T Shea Ellison berkata berhubung kait dengan "Tindakan" apa katanya, " Nothing happens in this world until YOU take action. All power is from wihtin and therefore under our control. You must step up and take action for anything in order to Change"
Rujukan:
Dr Azizan Osman, 2014 "Magnet Kekayaan dan Kejayaan" , Azizan Osman Publication, Selangor.