Hari ini, genaplah 12 hari Miss Donut (MD) share keenakan Donut Gula( DG ) dan Donut Cokelat ( DC) di Petronas Tanjung Bendahara..Alhamdulillah, komuniti sekitar menerima DG MD.
Alhamdulillah, MD bersyukur dan berterima kasih kepada suami tersayang atas 'support' 110 percent yang diberikan.
Seawal jam 6.30 -6.45 pagi, DG dan DC akan tiba untuk dinikmati oleh masyarakat sekitar yang
berhenti untuk mengisi minyak dan memberi sarapan pagi. Seawl pagi itu, nasi lemak daun pisang terlebih dahulu mendahului semua produk yang dipasarkan di stesen minyak itu.
Alhamdulillah, pengeluaran awal DG adalah 100 biji sahaja untuk sesi pagi dan seratus biji untuk sesi jam 2.00 petang, insyaAllah dengan sambutan masyarakat MD akan share lebih untuk dinikmati semua orang.
Tengah hari tadi, pihak pengurusan telah meminta MD supaya meningkatkan lagi saiz bekas mengisi kuih, setanding dengan kuih karipap dan onde-onde. Untuk itu, MD dan suami telah ke
kedai 'Sayang' di jalan Stadium untuk membelinya. Esok 13/10/2013, 3 unit bekas kuih yang sama saiz akan bergandingan menyediakan suatu kenikmatan dan keenakan serta kesedapan kuih karipap, onde-onde dan donut gula kepada komuniti sekitar Alor Setar.
Semua rakan taulan dijemput untuk sama-sama menikmati kesedapan kuih terpilih di Petronas Tanjung Bendahara.
Kepada pihak pengurusan Petronas, MD merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi semangat, sokongan dan bimbingan kepada MD yang baharu berjinak dalam bidang ini.
Moralnya, MD dapat kesimpulannya, kita mesti bersyukur serta terus berkongsi ilmu dengan semua orang. Ilmu milik Allah dan mesti kita share. Rezeki milik Allah. Usaha dan ikhtiar tidak memberi bekas harus diteruskan. Alhamdulillah dan terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment