MY STORY 1_"POWER OF SYUKUR"
Hari ini seawal 4.30 pagi, miss donut bangun untuk menyiapkan tugasan pertama iaitu
menyiapkan donut gula pertama untuk dipasarkan di Petronas Tanjung Bendahara.
Puan pengurus Petronas awalnya meminta dihantar 100 biji donut untuk esoknya.
Kumpulan 1 Donut Gula ke Petronas Tg Bendahara.
Sebelum itu, iaitu kelmarin miss donut dihubungi oleh pihak pengurusan Petronas Tg Bendahara
supaya datang berbincang berkaitan donut gula. Pada hari Rabu lepas iaitu 25 hb September 2013,
ketika mengambil gaji donut coklat bersama suami, miss donut ada membuka mulut tentang
donut gula yang memang mendapat sambutan hangat di pasaran Tandop. So, pihak pengurusan berjanji
akan menghubungi miss donut apabila mereka telah bersedia untuk menerimanya.
Oleh itu, miss donut perlu mengubah jadual bangun pagi. Mengapa? kerana donut gula dicadangkan untuk tiba di Petronas seawal 6.45 pagi. Oleh itu, kebiasaanya waktu siap donut gula dan coklat untuk dipasarkan pada jam 6.50 pagi. So, miss donut perlu awalkan proses adunan, goreng dan hiasan coklat dan gula.
Untuk hari permulaan ini, sebanyak 80 biji donut gula dan coklat tiba awal di Petronas lebih awal dari biasa. Kebiasaannya jam 7.30 pagi, tapi hari ini mereka ( DC dan DG) tiba seawal 7.05 pagi, tetapi masih lambat dari masa yang disyorkan. Miss donut, perlu membuat post mortem untuk memastikan esok DC dan DG akan tiba seawal masa yang dicadangkan.
Masih segar ingatanku tentang pesanan guruku iaitu Dr Azizan Osman semasa IJI di PWTC (27-29 September 2013) itu dalam bahasa orang putih iaitu " Fast Action Fast Result".
Moralnya, kita perlu bertindak (Make Action) untuk 'Get Something'. Tetapi lebih dalam dari itu
kita mesti rancang dan bertindak. Lebih lebih lebih dalam dari itu , kita mesti berkongsi'share' dengan
orang lain, dan memberi dan memberi dan memberi sesuatu kepada semua.."More You Give More You Get"#drazizanosman. Walau apapun, 'power of syukur' akan mengubah energy kita.
MY STORY 2_POWER OF SYUKUR II
Hari ini, genaplah 12 hari Miss Donut (MD) share keenakan Donut Gula( DG ) dan Donut Cokelat ( DC) di Petronas Tanjung Bendahara..Alhamdulillah, komuniti sekitar menerima DG MD.
Alhamdulillah, MD bersyukur dan berterima kasih kepada suami tersayang atas 'support' 110 percent yang diberikan.
Seawal jam 6.30 -6.45 pagi, DG dan DC akan tiba untuk dinikmati oleh masyarakat sekitar yang
berhenti untuk mengisi minyak dan memberi sarapan pagi. Seawl pagi itu, nasi lemak daun pisang terlebih dahulu mendahului semua produk yang dipasarkan di stesen minyak itu.
Alhamdulillah, pengeluaran awal DG adalah 100 biji sahaja untuk sesi pagi dan seratus biji untuk sesi jam 2.00 petang, insyaAllah dengan sambutan masyarakat MD akan share lebih untuk dinikmati semua orang.
Tengah hari tadi, pihak pengurusan telah meminta MD supaya meningkatkan lagi saiz bekas mengisi kuih, setanding dengan kuih karipap dan onde-onde. Untuk itu, MD dan suami telah ke
kedai 'Sayang' di jalan Stadium untuk membelinya. Esok 13/10/2013, 3 unit bekas kuih yang sama saiz akan bergandingan menyediakan suatu kenikmatan dan keenakan serta kesedapan kuih karipap, onde-onde dan donut gula kepada komuniti sekitar Alor Setar.
Semua rakan taulan dijemput untuk sama-sama menikmati kesedapan kuih terpilih di Petronas Tanjung Bendahara.
Kepada pihak pengurusan Petronas, MD merakamkan jutaan terima kasih kerana memberi semangat, sokongan dan bimbingan kepada MD yang baharu berjinak dalam bidang ini.
Moralnya, MD dapat kesimpulannya, kita mesti bersyukur serta terus berkongsi ilmu dengan semua orang. Ilmu milik Allah dan mesti kita share. Rezeki milik Allah. Usaha dan ikhtiar tidak memberi bekas harus diteruskan. Alhamdulillah dan terima kasih semua
Wednesday, 16 October 2013
MY STORY 3_SALAM 'IDUL ADHA
Hari ini, 11 Zulhijjah 1434 h, bersamaan 16/10/2013 hari Rabu, MD dan Suami baharu sahaja selesai membantu jiran iaitu Pak Long Mat yang rumahnya di hadapan rumah kami mengurus aktiviti korban. Keluarga mereka seperti biasa akan melaksanaka ibadat korban. Pada tahun ini, Tuan Haji Amanudin bin Saad dan keluarga korban lembu sebanyak 2 ekor.
Ada yang melapah, memotong daging, memotong tulang, menimbang daging, dan memasak untuk jamuan tenaga kerja yang terdiri daripada jiran tetangga dan ahli keluarga mereka. MD membantu aktiviti memasak di dalam rumah dan MD lihat Cikgu Hamdil menimbang dan membungkus daging dengan timbangan 1 kg /seorang. Selepas selesai, petugas menjamu selera.
Sebelum itu, seawal pagi 6.50 penghantaran pertama berjumlah 102 biji DG tiba di Petronas g Bendahara dan sejumlah 60 biji DG di sedekah kepada Kak Sal Pak Long Mat untuk dijadikan sarapan kepada petugas korban. Penghantaran ke-2, berjumlah 115 biji DG dihantar pada pukul 9.00 pagi, manakala DG penghantaran pertama telah selesai dinikmati oleh komuniti Tg Bendahara. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua.
Kelmarin, Hari Raya Idul Adha 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 h disambut dengan suasana seawal pagi dengan hujan rahmat mengiringi solat raya dan tetap gerimis sehingga tamat solat raya. Dr Azizan Osman (2014), berkata " Bayangkan betapa ruginya anda jika anda tidak mengekspolitasi peluang yang anda ada. Anda tidak tahu bila lagi peluang sedemikian mungkin datang semula dalam hidup anda. Ingatlah hidup ini sangat pendek. Jangan bazirkan setiap saat yang ada denga melayan perasaan takut. Sesungguhnya, berjaya atau gagal usaha anda adalah hak Dia yang Maha Berkuasa. Walau bagaimanapun, sebagai khalifah di bumi ini, kita mesti berusaha dan terus berusaha kerana itu adalah tanggungjawab kita bersama".
Oleh itu, walaupun hari raya MD dan suami berhasrat untuk tetap ingin memberi ruang dan peluang komuniti Tg Bendahra dan anak-beranak mereka yang pulang beraya atau balik kampung beraya menikmati sarapan Donut Gula MD. Sebanyak 110 biji DG dihantar ke sana agak lewat iaitu jam 7.50 pagi.
Selepas solat raya, bermaafan bersama keluarga, kami ke rumah ayahanda di Telok Bagan untuk beraya bersama keluarga adik Man dan adik Sarah. Kami tidak boleh lama di situ, kerana keluarga ayah di Jeneri jemput awal untuk bersama-sama menyediakan jamuan daging korban. Kami tiba di sana jam 11.30 lebih. MD terus menlaksanakan tugas bersama keluarga adik Ti dan adik Murni. Antara menu utama yang disediakan untuk jamuan jam 5.oo petang adalah seperti Ayam masak merah, sup daging, kerabu pelam, ikan tamban goreng, dan beberapa menu sampingan lagi.
Pada jam 3.30 petang, keluarga ayah Telok Bagan sampai, mereka memulakan jamuan petang itu. Ibu Mertua meminta Cikgu Hamdil membuat doa ringkas sebelum jamuan dilancarkan.
Selesai jamuan, MD dan keluarga bersama keluarga ayah meneruskan agenda kami iaitu menghantar Ucu iaitu Adik Sarah dan Pak Su Hosni ke PIA ( Penang International Airport) Bayan Lepas. Kami bertolak jam hampir 5 petang, keadaan hujan, kereta banyak, berhenti solat asar akhirnya tiba di PIA jam 7.50 petang.
Adik Sarah dan Hosni masuk ke Balai berlepas jam 8.10 malam, dan kami pun bertolak pulang ke Tandop. Selamat tiba jam 10.00 malam.
Kini, 16/10/2013 hari raya ke-2 , pada jam 11.30 pagi kami bertolak ke Pokok Sena iaitu ke rumah emak MD.
MD berasa dua hari Tasyrik berlalu dengan penuh bermakna, walaupun nampak agak padat jadual aktivitinya.
Kesimpulannya, Dr Azizan Osman,(2014) menukil perkataan T Shea Ellison berkata berhubung kait dengan "Tindakan" apa katanya, " Nothing happens in this world until YOU take action. All power is from wihtin and therefore under our control. You must step up and take action for anything in order to Change"
Rujukan:
Dr Azizan Osman, 2014 "Magnet Kekayaan dan Kejayaan" , Azizan Osman Publication, Selangor.
No comments:
Post a Comment