Wednesday, 9 October 2013

KISAH DONUT 9_Resepi II: Donut Yang Gebu Gebana

Resepi II: Donut Yang Gebu Gebana


Apabila terbaca resepi Donut dari HaSue di Myresepi yang ditulis sebagai paling
lembut, gebu dan sedap serta tak payah diperap, spontan saya jadi tertarik dan hati 
teruja untuk mencubanya walaupun baru beberapa hari lepas, saya membuat 
Donut kentang yang gebu gebana, pinjam istilah yang diguna Chah dari 
blog Bila Chah Ke Dapur. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi Donut Kentang 
yang membuatkan saya tergoda habis, buang diet, buang segala, kerana donut, 
aku turutkan. Atau jika suka Donut Gebu Tradisional yang dijamin "Gebu Sampai Esok" boleh klik di SINI.


Donut ini saya buat pada pagi hari sabtu lepas. Hmm seronok sebab 
Jom tengok resepi di bawah yang mana dohnya juga sesuai untuk pelbagai jenis 

menyediakannya sangat cepat, sekejap jer dah terhasil 33 biji donut gebu ini.
Doh yang kecil kecil yang terhasil semasa ditekap dengan acuan donut, digoreng 
begitu sahaja. Sambil menggoreng, sambil masuk mulut. Tak sempat pun nak 
salut dengan gula halus. Setakat ini, saya dah mencuba 3 resepi donut yang pada 
saya semuanya sedap. Sedap yang tersendiri lah

kuih muih yang memerlukan doh yang lembut. Jom layan resepi.......


Donut Gebu Lagi

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- 
saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, 
gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama
 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus
ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.



Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu
(bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika 
barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu 
kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di SINI.


Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) 
boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2
tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh
akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.



Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas 
(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit
api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang
lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)




Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk 
dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

Share by: Miss Donut Kedah



No comments:

GuaBlog